Kenapa Pound Sterling Menjunam Walaupun Data Ekonomi Positif

852

Matawang pound sterling menguat berbanding euro, disokong oleh data ekonomi UK yang lebih baik daripada jangkaan dan kelemahan pertumbuhan sektor ekonomi di Zon Eropah pada bulan Ogos.

Jualan runcit UK merekodkan pertumbuhan sederhana sebanyak 3.6% pada bulan Julai, mengalahkan jangkaan pasaran untuk meningkat 2%.

Sesi pasaran Eropah diperlihatkan dengan pengeluaran data PMI pembuatan dan perkhidmatan dari UK dan Zon Eropah yang masing-masing menunjukkan pertumbuhan yang berbeza.

UK tanpa dijangka mencatatkan kenaikan lebih tinggi dalam sektor pembuatan dengan peningkatan terbesar sejak Februari 2018, manakala pertumbuhan aktiviti perkhidmatan adalah paling kukuh dalam tempoh lebih enam tahun.

Walau bagaimanapun, situasi yang sebaliknya berlaku di Zon Eropah, di mana pemulihan yang direkodkan dalam tempoh tiga bulan terbaru dalam kedua-dua sektor kembali menunjukkan kemerosotan pada bulan Ogos.

Pound sterling melonjak 0.3% kepada 89.46 berbanding matawang euro, iaitu yang tertinggi sejak awal Julai.

Namun begitu, matawang pound gagal meneruskan peningkatannya berbanding US dolar yang kembali mempamerkan pengukuhan di sesi Eropah berbanding sekumpulan matawang utama lain.

Hal ini mungkin didorong oleh kenyataan Ketua Perunding Brexit EU, Michel Barnier bahawa perjanjian perdagangan antara UK dan EU adalah sukar untuk dicapai setelah 3 hari rundingan diadakan.

Dalam pada itu, hutang awam Britain kini telah mencecah £ 2 trilion untuk kali pertama pada Julai setelah kerajaan meningkatkan lagi perbelanjaan awam sebagai usaha menangani impak coronavirus terhadap ekonomi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat