Kenapa Pula US Dolar Melonjak Secara Tiba-Tiba? Ini Sebabnya

1,583

Matawang US dollar secara tiba-tiba menguat sekitar pukul 10 malam pada Khamis berbanding matawang-matawang utama yang lain. EUR/USD jatuh sehingga 100 pip dengan GBP/USD jatuh hampir 60 pip dari paras tertinggi hari ini. Emas juga dilihat membuat junaman disebabkan penguatan matawang greenback.

Pengukuhan US dollar dipercayai disebabkan komen oleh Larry Kudlow, pengarah Majlis Ekonomi Kebangsaan Amerika Syarikat pada pukul 10 malam tadi. CNBC melaporkan Kudlow akan berangkat ke China untuk menyelesaikan segala masalah perdagangan dua hala AS-China.

Kudlow akan bersama-sama delegasi polisi pentadbiran Trump untuk membincangkan isu perdagangan antara kedua-dua negara. Beliau mengatakan, “Saya punya harapan tinggi dalam rundingan bersama China,” kata Kudlow.

Kudlow mengatakan, “Ini adalah rundingan yang serius dan seperti yang Presiden katakan kami perlu ke sana, dan seperti yang anda tahu kita mempunyai banyak pertikaian dengan China. Amalan perdagangan yang tak adil, amalan perdagangan yang haram, yang berkaitan teknologi, mereka ada halangan dan tariff, kita akan bincangkan perkara ini dengan beberapa pegawai China.”

Kudlow mengatakan beliau yakin dengan rundingan ini, dan berkata Presiden Trump juga yakin dengan perkara ini. “Kita akan lihat, semua pertikaian ini akan dibincangkan.”

Lawatan Kudlow ke China untuk menyelesaikan masalah perdagangan AS-China dilihat satu harapan baru bahawa ‘Perang Perdagangan’ tidak akan tercetus antara AS-China, sekaligus telah menyokong kenaikan US dollar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat