Kenapa Tesla Tiba-Tiba Nak Melabur US$188 Juta Dekat China?

1,042

Muka ada banyak senyum bagi 4,000 orang pekerja di China.

Tesla Inc merancang untuk melabur sebanyak 1.2 bilion Yuan atau US$187.91 juta bagi mengembangkan kapasiti pengeluaran kilangnya di China yang akan membolehkan lebih 4,000 orang digajikan di kilang tersebut.

Menurut laporan Beijing Daily pada Jumaat, maklumat pelaburan tersebut dikaitkan dengan platform kerajaan Shanghai yang sering melakukan pendedahan maklumat mengenai syarikat berkenaan alam sekitar.

Memetik sumber dari Reuters, jumlah pelaburan tersebut telah disunting dalam dokumen Tesla yang diterbitkan pada 23 November.

Setakat ini, pihak Tesla masih tidak memberi komen lanjut mengenai perkara tersebut.

Pemfailan tersebut menyaksikan pelaburan yang dibuat membolehkan Tesla untuk mengajikan lagi 4,000 orang pekerja di kilang tersebut yang kapasitinya boleh memuatkan seramai 19,000 orang.

Ia turut menyatakan tiada sebarang perubahan model akan berlaku dan tidak menyatakan berapa banyak kapasiti pengeluaran akan ditingkatkan.

Kilang Tesla di Shanghai telah direka untuk menghasilkan sebanyak 500,000 kereta setahun dan setakat ini mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan Model 3 dan Model Y pada kadar 450,000 unit setahun.

Penjualan kereta Tesla meningkat mendadak di China walaupun terdapat tekanan ekoran pertikaian pengguna mengenai keselamatan produk dan penelitian tentang cara firma itu mengendalikan data.

Tesla telah memberi maklum balasnya mengenai pertikaian itu dengan menyataka mereka telah membina pusat penyelidikan dan pusat data berasingan di Shanghai bagi menyimpan data.

Kilang di Shanghai yang sepenuhnya dimiliki oleh oleh Tesla merupakan yang pertama dan satu-satunya kilang orang asing di China yang dikecualikan daripada dikendalikan oleh usaha sama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat