Kenapa Upgrade Ethereum Dencun Penting? Ini Jawapannya!

487

“Hmm agak-agak harga ETH akan naik lebih tinggi tak lepas upgrade ETH Dencun?”

Mata wang kripto kedua terbesar Ethereum (ETH) akhirnya berjaya menembusi paras $4,000 apabila naik taraf ETH Dencun yang bakal berlaku pada 13 Mac 2024 merupakan salah satu hard fork paling dinanti-nantikan sejak Merge.

Naik taraf ETH Dencun akan menjadi peristiwa penting untuk penyelesaian penskalaan layer-2 susulan ia dijangka dapat mengurangkan secara ketara yuran transaksi rangkaian layer-2 serta meningkatkan kebolehskalaan keseluruhan ETH.

Umum mengetahui hard fork Dencun menggabungkan sembilan Ethereum Improvement Proposals (EIP) berbeza, di mana naik taraf itu mempersatukan naik taraf Cancun bagi layer pelaksanaan ETH dan naik Deneb pada layer konsensus.

Cancun memberi tumpuan pada penambahbaikan cara urus niaga diurus dan diproses pada layer pelaksanaan manakala Deneb pula bertujuan menambah baik layer konsensus yang merujuk pada cara peserta rangkaian bersetuju dengan keadaan blockchain.

Menurut James Wo, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas Digital Finance Group berkata bahawa naik taraf secara ketara boleh meningkatkan kebolehskalaan, kecekapan dan keselamatan keseluruhan rangkaian ETH.

Namun, pengurangan gas dijanjikan untuk pengguna layer-2 tidak akan menjejaskan pengguna yang berurus niaga di mainnet ETH, ulas Max Wadington yang merupakan penganalisis penyelidikan Fidelity Investments.

Setakat penulisan ini, harga ETH menggunung sebanyak 6.56% pada paras $4,060 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasraan lebih $487 bilion kemudian merekodkan kenaikan 11.13% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat