Kenapa Wall Street Susut Walaupun Data CPI Baik?

423

Pasaran saham Amerika Syarikat gagal memanfaatkan inflasi yang semakin mereda pada bulan Mac, susulan jangkaan membimbangkan daripada Federal Reserve (Fed) terhadap ekonomi negara itu.

Dow Jones Industrial susut 0.1% kepada 33,646.51, manakala S&P 500 pula jatuh 0.4% kepada 4,091.96 dan Nasdaq turun 0.89% pada 12,848.35.

Laporan minit mesyuarat FOMC terbaru menunjukkan bahawa penggubal dasar meramalkan kemelesetan sederhana akan berlaku pada akhir tahun ini ekoran krisis perbankan baru-baru ini.

Minit tersebut dikeluarkan beberapa jam selepas data inflasi AS diterbitkan yang menunjukkan tekanan ke atas harga pengguna berkurangan pada bulan lalu.

Dengan catatan terendah sejak Mei 2021, inflasi meningkat 5% tahun ke tahun pada Mac daripada 6% sebelumnya.

Ekoran itu, pasaran meletakkan jangkaan untuk kenaikan kadar sebanyak 25 mata asas oleh Fed pada mesyuarat polisi bulan depan.

Kebimbangan terhadap kemelesetan menyebabkan saham pengguna merosot rendah bersama-sama saham peruncitan dan pelancongan.

Tesla dan Amazon adalah antara saham yang menerima tekanan tersebut dengan masing-masing susut 3.4% dan 2% ketika ditutup pada sesi New York.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat