“Adakah pembelian whales ini dapat mendorong harganya naik lebih tinggi?”
Tanpa disedari, whales mata wang kripto Polygon (MATIC) sedang berada dalam proses melakukan pembelian besar-besaran di mana mereka telah memperoleh 120 juta MATIC bernilai lebih $90 juta semasa harganya berada pada $0.754.
Pengumpulan oleh whales tersebut telah berlaku semasa para pelabur mengalihkan perhatiannya pada pemain layer-2 baharu seperti Blast.
Menerusi pemerhatian, angka pengumpulan whales itu adalah yang terbesar pernah direkodkan sejak 14 November 2023 dan ini mempamerkan trend berterusan dalam ekosistem MATIC.
Hal ini kerana MATIC meluaskan pengaruhnya sebagai protokol layer-2 berdaya maju terutamanya untuk ekosistem gaming dan pasukannya yang memeterai perjanjian bersama pemain industri telah menunjukkan kesediaannya bagi menerima inovasi.
MATIC turut menarik perhatian platform dagangan teratas dalam beberapa minggu lalu, di mana Binance memberi sokongannya untuk stablecoin Circle dipanggil USD Coin (USDC) pada rangkaian layer-2 yang akhirnya membawa lebih ramai pengguna pada protokol MATIC.
Bukan itu sahaja, MATIC yang mengumumkan naik taraf zkEVM untuk melengkapkan pelancaran kontrak pintar POL pada mainnet Ethereum (ETH) juga merupakan antara sebab mengapa whales berpusu-pusu membeli sejumlah besar aset digital itu.
Sekiranya pengumpulan whales berterusan, ia boleh mencetuskan sentimen positif yang mungkin mengurangkan lagi bekalan MATIC beredar seterusnya melonjakkan permintaan diikuti harganya ke tahap lebih tinggi.
Setakat penulisan ini, harga MATIC mencanak sebanyak 1.13% pada paras $0.759 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $7 bilion tetapi masih mencatatkan penyusutan 2.40% sepanjang minggu lepas.