Kenyataan BoJ Menyekat Pergerakan Yen!

57

Yen melemah pada Rabu selepas pelabur matawang terbabit bertindak balas mengenai kenyataan BoJ. Bank of Japan dilaporkan berpotensi membuat perubahan kepada pelonggaran dasar Jepun.

Sementara itu, kiwi melantun semula daripada kejatuhan awal sesi yang disebabkan oleh data defisit akaun semasa yang semakin meluas.

USD/JPY meningkat 0.46% dalam sesi ini. Spekulasi mengenai perubahan dasar ini meluas berikutan artikel di dalam laporan harian Nikkei. Dalam artikel terbabit, bank pusat Jepun dikatakan bakal meluaskan dasar kadar faedah negatif dengan sasaran pembelian asset, termasuk hutang kerajaan yang bernilai 80 trillion yen.

usd-jpy-2-14-09-16
USD/JPY, 30 minit

Sementara itu, US Dollar Index yang mengukur kekuatan Greenback kali terakhir dinilai pada 95.61.

Semalam, US Dollar mencatat keuntungan berbanding matawang utama lain dan didagang lemah selepas menerima komen agresif dari Lael Brainard.

 

Isu Hangat Yang Terselindung Disebalik Penurunan Ringgit!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat