Kenyataan Pegawai Fed Pacu USD Ke Puncak Tertinggi

596

Greenback menyentuh paras ketinggian terbaru satu tahun diangkat oleh jangkaan Federal Reserve (Fed) akan mengumumkan pengurangan pembelian asetnya pada bulan November, dan kebimbangan terhadap lonjakan harga tenaga juga mendorong pelabur beralih ke safe-haven US dolar.

US dolar mendapat sokongan pada sesi New York selepas Naib Pengerusi Fed, Richard Clarida memberitahu bahawa kemajuan besar telah dicapai untuk sasaran inflasi dan pekerjaan, serta mengisyaratkan bahawa pengurangan pembelian bon secara berperingkat akan berakhir pada pertengahan 2022.

Ini menyebabkan dolar greenback meningkat lebih tinggi ke paras harga 94.55 berbanding pesaing utamanya, sebelum sedikit susut ke sekitar 94.38 pada sesi Asia.

Sementara itu, pembuat dasar Fed, Raphael Bostic pula menyatakan bahawa inflasi sudah berada jauh di atas sasaran bank pusat dan masalah rantaian bekalan mungkin akan berterusan lebih lama.

Hasil perbendaharaan AS 10 tahun juga mencapai paras tertinggi empat bulan pada 1.64%, tetapi kembali merosot ke sekitar tahap 1.57% susulan lelongan bon yang berlangsung pada sesi sebelum ini.

Pelabur kini akan mengalihkan perhatian pada pengeluaran data inflasi AS pada malam ini, dan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi nanti yang akan dijadikan petunjuk lebih lanjut untuk mengesahkan Fed akan mula mengurangkan rangsangannya tidak lama lagi.

Pengukuhan US dolar sebelum ini menyebabkan matawang euro terbenam ke tahap paling rendah pada tahun ini, selain ia turut terkesan oleh data sentimen ekonomi Eropah dan Jerman yang menyuramkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat