Kenyataan Pembuat Dasar Fed Ini Buat Pelabur Lega!

479

Pembuat dasar Federal Reserve (Fed), James Bullard mengatakan bank pusat AS perlu teruskan rancangan untuk mengurangkan program pembelian asetnya walaupun setelah diperlihatkan dengan data pekerjaan yang perlahan pada bulan lalu.

Bullard yang juga Presiden Fed St Louis memberitahu dalam wawancara dengan Financial Times, menolak kebimbangan bahawa pemulihan pasaran pekerjaan merosot, walaupun penciptaan pekerjaan jatuh dengan ketara pada bulan Ogos.

Menurut beliau, terdapat banyak permintaan untuk pekerja, dan ada lebih banyak peluang pekerjaan daripada pekerja yang tidak bekerja.

Lonjakan simpanan peribadi semasa pandemik dan pemberian bantuan cek yang bernilai $1,400 oleh kerajaan, menunjukkan pengguna isi rumah mempunyai banyak pendapatan sehingga menyebabkan orang tidak mencari pekerjaan.

Tambah beliau lagi, sekiranya AS dapat meningkatkan pekerja dan berjaya mengawal pandemik, mereka mungkin akan dapat melihat pasaran buruh kembali kuat menjelang tahun depan.

Sebelum ini, Bullard pernah mengatakan bahawa bank pusat akan memulakan pengurangan pembelian aset tidak lama lagi dan menamatkannya pada suku pertama tahun depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat