Kenyataan RBA Lowe Gagal Bantu Dolar Aussie Yang Tenggelam

167

Ucapan Gabenor Bank Pusat Australia (RBA), Philip Lowe mengenai kemungkinan kenaikan kadar faedah pada tahun ini malangnya gagal merangsang kenaikan dolar Aussie yang ditekan oleh pengukuhan US dolar.

Menjadi tumpuan pada sesi Asia, Lowe yang memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Tetap Ekonomi Dewan Rakyat secara maya mengatakan adalah munasabah bahawa kadar faedah boleh meningkat akhir tahun ini.

Namun begitu, terdapat risiko sekiranya mereka bergerak terlalu awal dan masih belum pasti sama ada kenaikan inflasi baru-baru ini akan berterusan, tetapi para penggubal dasar RBA bersedia untuk bersabar bagi memastikan ketetapannya.

Oleh itu, mereka perlu melihat beberapa lagi laporan inflasi suku tahunan sebelum membuat sebarang keputusan.

Ini secara tidak langsung membuka peluang kepada kenaikan kadar faedah dari bulan Ogos dan seterusnya, memandangkan data untuk inflasi suku pertama akan keluar pada April sementara suku kedua pula akan terbit pada Julai.

Walau bagaimanapun, Lowe masih dilihat berhati-hati untuk melakukan perubahan memandangkan pertumbuhan upah di Australia masih lagi rendah jika dibandingkan dengan negara-negara utama lain.

Dolar Aussie didagangkan merosot pada sekitar harga 0.71400 selepas dibenam oleh US dolar susulan penerbitan data inflasi Amerika Syarikat yang lebih kukuh dari dijangkakan pada Januari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat