Kenyataan Terbaru ECB De Cos Jadi Perhatian Pasaran Dalam Mendapatkan ‘Hint’ Tentang Kadar Faedah!

390

Penggubal dasar bank pusat Eropah Pablo Hernandez de Cos menyatakan bahawa Bank Pusat Eropah sepatutnya mula mengurangkan kadar faedah pada bulan Jun jika inflasi terus menurun  secara perlahan seperti yang dijangka, pada hari Selasa.

Inflasi telah menurun dengan cepat sepanjang tahun lalu namun jangkaan ke hadapan masih diselaputi oleh kenaikan kos tenaga, inflasi perkhidmatan yang tetap tinggi dan ketegangan geopolitik yang berterusan. De Cos menyatakan bahawa inflasi dijangka  akan terus menurun dalam suku-suku akan datang, walaupun pada kadar yang lebih perlahan daripada tahun lalu disebabkan oleh beberapa kesan  yang positif.

“Majlis pemerintahan ECB menganggap bahawa jika pandangan inflasi ini dikekalkan, maka ia dilihat sesuai untuk ECB mula mengurangkan tahap semasa pengetatan dasar monetari pada bulan Jun,” kata De Cos dalam laporan tahunan Bank Sepanyol, yang juga merupakan ketua bank pusat Sepanyol,

Mengambil kira tahap ketidakpastian, beliau menyatakan bahawa ECB akan terus iltizam dengan pendekatan mereka yang bergantung pada data di mana keputusan diambil pada setiap mesyuarat, tanpa membuat komitmen awal kepada hala tuju kadar yang khusus.

Berkenaan dengan pemberi pinjaman Sepanyol, De Cos menyatakan bahawa Bank Sepanyol sedang mempertimbangkan menetapkan “tahap positif” bagi penimbunan modal tindak balas siklikal bank, yang kini berada pada 0%, dan akan mengumumkan keputusan sama ada untuk mengaktifkannya tidak lama lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat