Keputusan FOMC Tidak Mengecewakan, Fed Tepati Jangkaan

1,143

Federal Reserve (Fed) menepati jangkaan pasaran dengan mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada julat sasaran 0-0.25% dan pembelian bon pada kadar $120 bilion sebulan walaupun mengakui terdapat kenaikan inflasi dan ekonomi semakin meningkat.

Susulan daripada pengumuman dasar, para pembuat dasar menyatakan bahawa petunjuk aktiviti ekonomi dan pekerjaan telah menguat di tengah kemajuan dalam program vaksinasi dan sokongan dasar yang kuat.

Bagaimanapun, mereka juga menekankan bahawa pandemik terus membebankan ekonomi, dan risiko terhadap prospek ekonomi tetap ada.

Selain itu, Fed juga menyatakan bahawa sektor yang paling teruk terjejas akibat Covid-19 tetap lemah, tetapi telah menunjukkan peningkatan.

Sementara itu, Pengerusi Fed, Jerome Powell memberitahu dalam sidang media selepas mesyuarat bahawa pemulihan yang dicatatkan lebih cepat dari dijangkakan tetapi ia tetap tidak rata dan jauh dari lengkap sepenuhnya dan ekonomi juga masih jauh dari sasaran bank pusat.

Powell menekankan bahawa kenaikan inflasi bersifat sementara kerana masih ada kekurangan yang signifikan di pasaran buruh. Namun, sekiranya inflasi meningkat di atas sasaran 2% secara berterusan dengan cara material, maka Fed akan menggunakan alat monetarinya.

Ekoran daripada itu, Powell mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa belum tiba masanya untuk membincangkan mengenai pengurangan pembelian aset dan ia akan mengambil masa sebelum Fed dapat melihat kemajuan lebih lanjut.

Justeru, Fed tidak akan mengubah kadar pembelian bon sehingga kemajuan lebih besar dibuat dalam sasaran pekerjaan dan inflasi.

Susulan daripada keputusan Fed, dagangan US dolar menjunam lebih rendah berbanding kebanyakan matawang utama, terutamanya euro yang melonjak ke paras ketinggian terbaru sejak Februari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat