Keputusan Mesyuarat RBA Jadi Punca Lonjakan AUD/USD

258

Menjadi tumpuan pada hari ini, keputusan mesyuarat polisi oleh bank pusat Australia telah mendorong lonjakan pada nilai dolar Aussie menuju penghujung sesi Asia.

Reserve Bank of Australia (RBA) kekal meneruskan langkah pengurangan pembelian bon (tapering) sehingga awal September. Pembelian bon kerajaan akan dikurangkan daripada 5 bilion seminggu sehingga awal September, kepada 4 bilion seminggu pada pertengahan September.

Langkah ke arah pengetatan polisi ini secara teorinya akan meningkatkan nilai mata wang sesebuah negara berikutan tahap bekalan wang dalam ekonomi akan mula berkurang.

Oleh itu, pelabur telah memberi reaksi terhadap keputusan mesyuarat tersebut dan menyaksikan lonjakan nilai dolar Aussie sebentar tadi.

Pada carta pasangan mata wang AUD/USD, harga yang bergerak perlahan di sekitar paras 0.73600 pada awal sesi Asia pagi ini kemudiannya telah melonjak sehingga ke paras 0.74000 dan menguji zon rintangan tersebut bersambung ke awal sesi Eropah.

Zon rintangan tersebut turut diuji pada dagangan penghujung minggu lalu namun gagal melepasinya menjadikan ia zon penting untuk pelabur beri perhatian.

Jangkaan untuk US dolar terus bergerak lemah juga akan mendorong harga untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi menuju ke penghujung minggu.

Sekiranya harga berjaya meneruskan lonjakan melepasi zon 0.74000, harga akan mencatatkan paras tertinggi terbaru 3 minggu dengan jangkaan untuk menuju pula ke paras ketinggian 0.75000.

Sebaliknya jika zon tersebut masih gagal ditembusi, harga boleh menjunam semula ke paras lebih rendah.

Untuk situasi penurunan harga, pelabur akan kembali memberi tumpuan pada zon sokongan harga sekitar 0.73300 atau lebih rendah pada support 0.73000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat