Keputusan OPEC+ Buat Harga Minyak Terbang!

450

Harga minyak melonjak lebih tinggi pada hari Jumaat dengan di didagangkan di sekitar paras tertinggi 9 bulan dan berada di landasan untuk kenaikan minggu kelima berturut-turut selepas keputusan OPEC+.

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya termasuk Rusia, OPEC+ telah bersetuju untuk mengurangkan pemotongan pengeluaran sebanyak 500,000 tong sehari bermula Januari 2021.

Ini menjadikan pengurangan yang perlu dipatuhi oleh negara-negara pengeluar adalah sebanyak 7.2 juta tong sehari, jauh lebih tinggi daripada 5.7 juta tong sehari yang diputuskan sebelum ini.

Pemotongan ini dilaksanakan bagi menangani masalah permintaan minyak mentah yang lemah setelah dijejaskan oleh gelombang kedua coronavirus di seluruh dunia.

Keputusan terbaru OPEC+ ini nyata memberi kelegaan buat pasaran minyak selain turut disokong oleh harapan terhadap vaksin Covid-19 yang akan diedarkan secepatnya sebelum akhir tahun.

Pada sesi Asia, penanda aras minyak mentah Brent meningkat 1.9% kepada $49.64 setong, sementara WTI Amerika Syarikat didagangkan menokok 1.8% pada $46.47 setong.

Bagaimanapun, kartel itu masih belum memutuskan mengenai sampai bila pemotongan tersebut akan dilaksanakan. Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak mencadangkan supaya mereka mengadakan pertemuan setiap bulan untuk memutuskan sama ada perjanjian akan dilanjutkan selepas bulan Januari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat