Kerajaan AS Akan Jual Lebih Banyak BTC, Harga Mungkin ‘Dump’?

682

“Haih nak buat macam mana, kalau harga BTC turun apa susah kaut je la lagi kan?”

Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) pada awal bulan ini memfailkan notis mengenai perampasan 2,933 Bitcoin (BTC) daripada Ryan dan Shaun Bridges yang dibahagikan pada dua lot iaitu 54.74 BTC dan 2,875 BTC.

Bapa Ryan bernama Joseph Farace juga terlibat dalam kes tersebut disebabkan sabitan terdahulu di mana bapa dan anak lelakinya didapati bersalah menyalahgunakan BTC untuk pelbagai transaksi haram.

Sebagai bekas ejen FBI, Bridges telah menjana keuntungan daripada penyertaannya dalam tindakan terhadap Silk Road untuk mencuri akaun pentadbir site dan pada masa itu, jumlah BTC dicuri bernilai $800K, tetapi penilaiannya jauh lebih tinggi sekarang.

Bridges kemudiannya dibebaskan buat sementara waktu sebelum ditahan semula ketika cuba melarikan diri dari negara tersebut susulan mengingkari perintah mahkamah.

Memang tidak dinafikan Farace didakwa berganding bahu bersama penguatkuasa undang-undang bagi mendapatkan semula hasil jualan mereka, tetapi tambahan 24 BTC yang didakwa dipulihkan kemudian telah menimbulkan keraguan.

Rentetan itu, kerajaan AS kini berhasrat melupuskan mata wang kripto tersebut kemudian menjualnya sebaik sahaja tempoh ditangguhkan.

Sekiranya tiada tuntutan sah difailkan terhadap keputusan tersebut, kerajaan AS akan menjual BTC dalam penjualan yang belum diumumkan.

Oleh demikian, terdapat spekulasi dalam menentukan sama ada kelulusan itu akan menyebabkan satu lagi penurunan harga untuk kripto yang telah menjunam hampir sepuluh ringgit dalam beberapa minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat