Kerajaan AS Mula Atur Langkah Selamatkan First Republic Bank!

767

Rentetan daripada kejatuhan mendadak saham First Republic Bank minggu ini, pegawai Amerika Syarikat dilaporkan mengatur rundingan segera untuk menyelamatkan bank itu.

Ini berlaku susulan usaha daripada sektor swasta yang diketuai oleh penasihat bank itu masih belum mencapai kesepakatan yang dimuktamadkan, lapor Reuters yang memetik kenyataan beberapa sumber.

Perbadanan Insurans Deposit Persekutuan (FDIC), Jabatan Perbendaharaan dan Federal Reserved (Fed) adalah antara yang terlibat dalam menyelaraskan rundingan segera untuk menyusun langkah menyelamatkan First Republic Bank.

Sebagai konteks, bank itu sebelum ini gagal untuk mendapatkan perjanjian disebabkan keadaan semasa dan pegangan portfolio mereka tidak dapat meyakinkan mana-mana bank atau firma ekuiti swasta.

First Republic Bank adalah antara bank yang terkesan susulan krisis yang melanda sektor perbankan pada Mac lalu yang telah menyaksikan kegagalan Silicon Valley Bank (SVB) dan Signature Bank.

Impaknya berlarutan selepas bank itu pada minggu ini melaporkan kehilangan $102 bilion deposit pelanggan dan rekod pinjaman sehingga $92 bilion pada suku pertama yang mendorong junaman sahamnya ke paras terendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat