Kerajaan AS ‘Shutdown’ – US Dolar Akan Hancur?

4,884

[Artikel Tajaan]

Potensi “U.S Government Shutdown” : Implikasi terhadap US dollar

1 Oktober 2023, adalah tarikh dimana berpotensinya “U.S Government Shutdown” atau kerajaan Amerika Syarikat ditutup!

Pelabur institusi kini melihat dengan teliti keadaan dan implikasinya terhadap pasaran. Hal ini kerana pihak kongres di negara itu telah gagal mengemukakan “12 Annual Appropriation Bills” (bil perbelanjaan) operasi kerajaan negara itu, berdasarkan akta “Antidefiency Act 1950” di mana apabila pihak kongres gagal mengemukakan “12 Annual Appropriation Bills“.

Agensi persekutuan negara itu mestilah menghentikan segala fungsi agensi kerajaan negara itu – agensi keselamatan dikecualikan namun tidak diberikan gaji sehinggalah pihak kongres mengakhiri tempoh “Shutdown”.

Prospek “Government Shutdown” boleh menimbulkan spekulasi, peluang dan juga risiko terhadap pasaran matawang. Namun tindakan “Government Shutdown” ini masih dilihat kebarangkalian 50% akan dilaksanakan.

Kajian Pasaran

Berdasarkan pemerhatian sejarah peristiwa “Government Shutdown” ini, ia berpotensi memberikan impak terhadap matawang U.S dollar.

1.“Government Shutdown” tahun 2013, peristiwa ini telah menyebabkan U.S dollar melakukan kenaikan sebanyak 0.4% di dalam tempoh 11 hari namun selepas itu mengalami kejatuhan sebanyak 1.2% di dalam tempoh 17 hari selepas “Shutdown”. Dan ia telah mengambil masa selama tiga bulan untuk U.S dollar pulih.

2. Pada tahun 2018-2019, U.S dollar telah didagangkan kukuh (situasi ekonomi yang kukuh dan pasaran ekuiti didagangkan rendah) sebelum “Government Shutdown“, namun matawang itu telah jatuh sebanyak 0.8% ketika perlaksanaan “Government Shutdown” dan terus jatuh sebanyak 1.4% selama 12 hari, dan ia juga telah mengambil masa selama tiga bulan untuk U.S dollar pulih.

3. Situasi ekonomi semasa negara Amerika dilihat sama pada tahun 2018-2019, di mana pada ketika itu pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan Fed menghampiri pengakhiran perlaksanaan kenaikan kadar faedah.

4. Berdasarkan pemerhatian sejarah pasaran, jika “government shutdown” bakal berlaku, kami di SARACEN MARKETS menjangkakan matawang U.S dollar mungkin mengalami kejatuhan sebanyak 1% – 1.5% dan akan memulih semula seperti situasi di atas. Akan tetapi keadaan ekonomi semasa dan polisi kewangan Fed masih lagi menjadi petunjuk utama terhadap prestasi mata wang U.S dollar.

Log Masuk/Daftar Akaun Saracen Markets Dan Dapatkan Akses Dokumen MARKET OUTLOOK Yang Menjadi Rujukan Institusi Dan Pedagang Profesional. Log Masuk Sekarang – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat