Kerajaan Fokus Subsidi Bersasar, GST Tidak Akan Dikembalikan?

149

Terkini, kerajaan tiada rancangan untuk menghidupkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada tahun ini dan tahun depan disebabkan tumpuan masih diberikan kepada subsidi bersasar terlebih dahulu, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Katanya lagi, kerajaan akan terus melaksanakan cukai berdasarkan perkara yang diumumkan mengikut Belanjawan 2024. Secara tidak langsung, peningkatan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% sedikit sebanyak memberi sumbangan dalam pendapatan kerajaan.

Ujarnya lagi, pelaksanaan subsidi bersasar akan dimulakan dengan diesel dahulu dan selepas itu RON 95. Inisiatif subsidi bersasar itu akan menangguhkan cadangan pelaksanaan semula GST.

Ulasan beliau itu sejurus selepas menjawab soalan Senator Datuk Sivaraj Chandran mengenai rancangan pelaksanaan GST dan mencadangkan GST dikembalikan namun pada kadar yang lebih rendah berbanding enam peratus sebelumnya.

Ahmad Maslan sendiri tidak pasti untuk mengetahui tempoh GST akan dilaksanakan di Malaysia walaupun 90 peratus negara di seluruh dunia telah melaksanakannya. Malaysia merupakan satu-satunya negara yang menarik balik pelaksanaan GST atas faktor fahaman politik.

Kebaikan GST adalah dapat mengurangkan ekonomi bayangan. Sebelum ia dilaksanakan, 30% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah ekonomi gelap atau ekonomi bayangan. Sejak dilaksanakan pada tahun 2015 hingga 2018, tindakan itu menyebabkan negara meraih keuntungan dan ekonomi bayangan tinggal 20% pada masa itu.

GST merupakan cukai progresif di mana lebih banyak kita berbelanja, lebih banyak wang kita ada dan lebih banyak cukai yang kita perlu bayar. Berbeza dengan subsidi bersasar di mana golongan B40 akan lebih dapat banyak manfaat berbanding golongan kaya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat