Kerugian dunia semasa Brexit melebihi kerugian krisis 2008. Cuba teka berapa?

87

Pasaran dunia menjunam sebaik sahaja keputusan referendum terakhir dikeluarkan, yang berpihak kepada Brexit.

Menurut Indeks Dow Jones, sejumlah $2.08 trillion kerugian dilaporkan daripada pasaran saham dunia pada jumaat lalu selepas rakyat Britain mengundi untuk keluar daripada Kesatuan Eropah dan ini sekaligus menandingi kerugian Lehman Brothers pada krisis kewangan pada 2008 dan Black Monday pada 1987.

Pasaran di negara-negara Eropah adalah yang paling teruk terkena kesan dengan pasaran Milan (FTMIB) dan Madrid (IBEX) masing masing menjunam lebih daripada 12%. Manakala FTSE 100 menjunam hampir 9% tetapi close pada pada 3.15%.

Kerugian ini bermula dari pasaran Asia, Nikkei merosot 7.9% manakala S&P 500 merosot 3.6%.

Kerugian ini, menurut Mohit Bajaj adalah kerana sell-off yang teruk kerana pada asalnya pelabur-pelabur menjangkakan Bremain dan mula melabur salah arah dan akhirnya apabila Brexit diumumkan, semua kerugian.

Pada 2008, hari di mana Kongres telah menolak bailout $700 billion kepada Wall Street semasa krisis tahun itu. Pada hari tersebut, pasaran dunia kerugian $1.94 trillion.

Kerugian dikira menggunakan S&P Global Market Index (BMI), yang mengumpul pasaran saham 47 negara.

Anda tak tahu apa jadi tahun 2008? Baca artikel ini untuk tahu macam mana krisis tersebut boleh berlaku. Rujuk pada filem yang berkaitan dengan krisis 2008.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat