Kes Coronavirus Di Luar China 9 Kali Lebih Tinggi Dalam Tempoh 24 Jam!

371

Menurut pegawai World Health Organization (WHO), jumlah kes terbaru coronavirus di luar China adalah 9 kali lebih tinggi berbanding di dalam negara berkenaan dalam tempoh 24 jam. Ketika wabak berkenaan merebak ke benua lain, kes baru di China mencatatkan penurunan.

Kes terbaru yang dilaporkan di China pada Ahad lalu adalah sebanyak 206 kes, iaitu jumlah paling rendah sejak 22 Januari. Namun begitu, kes di luar negara tersebut dicatatkan sebanyak 8,739 merangkumi 61 negara yang telah mengakibatkan 172 kematian.

Tambahan daripada itu, 81% kes di luar China adalah daripada 4 buah negara iaitu Korea, Itali, Iran dan Jepun. Di samping itu, virus berkenaan disifatkan sebagai unik dan bukannya influenza.

Berikutan dengan wabak yang semakin meruncing, WHO akan sentiasa memberikan informasi terkini serta kebanyakan kes COVID-19 itu masih boleh dikesan. Akan tetapi, isu tentang penyebarannya secara bebas dalam kalangan masyarakat masih tidak dapat dibuktikan.

Oleh yang demikian, WHO tidak dapat mengisytiharkannya sebagai wabak pandemic.

Menurut pengarah eksekutif program kecemasan kesihatan WHO, Dr Mike Ryan berkata para saintis masih tidak dapat mengesan bagaimana COVID-19 disebarkan kerana ianya berbeza daripada influenza serta boleh merebak dalam sekelip mata.

Oleh itu, para pegawai WHO telah meningkatkan penilaian risiko coronavirus kepada tahap ‘sangat tinggi’ di peringkat global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat