Kesan Inflasi Pada Wang Simpanan Dan Cara Mengatasinya

1,871

Harga barangan dan perkhidmatan akan sentiasa meningkat disebabkan oleh inflasi. Jadi amat penting untuk kita memahami bagaimana inflasi ini berfungsi dan kesan-kesanya terhadap simpanan kita.

Dua faktor utama yang memberi kesan terhadap perubahan inflasi iaitu Inflasi Tarikan Permintaan (Demand-pull inflation) dan Inflasi Tolakan Harga (Cost-push inflation). 

# Apakah kesan inflasi terhadap SIMPANAN anda?

Apabila kita menyebut tentang kuasa membeli, keupayaan ini akan sentiasa berubah mengikut kadar inflasi semasa.

Sebagai contoh, jika anda menyimpan RM100 dalam akaun bank yang membayar kadar faedah sebanyak 1%, dan harga ini juga sama dengan harga sepasang kasut. Selepas setahun, simpanan anda bertambah menjadi RM101.

Jika tiada perubahan pada inflasi, anda bukan sahaja dapat membeli sepasang kasut, tetapi anda juga dapat menyimpan lebihan RM1.

Apakah yang akan berlaku sekiranya inflasi meningkat 2% pada tahun itu? Harga sepasang kasut berubah menjadi RM102 ,dan anda perlu meminjam RM1 untuk membelinya, jadi kuasa membeli anda telah susut 1%.

Berdasarkan rekod semasa, purata kadar faedah bagi akaun simpanan bank di Malaysia berada di sekitar 0.1-0.3% manakala purata kadar inflasi beberapa tahun yang lepas pula meningkat sehingga 3.64%.

# Apakah tindakan anda?

Jika melihat pada angka di atas, jumlah wang yang anda simpan tidak akan pernah berjaya menangkis kadar inflasi.

Jom ikuti, 5 cara yang anda boleh gunakan supaya jumlah simpanan anda kekal di paras optimum mengikuti kenaikan inflasi semasa.

1)      Simpanan Tetap (Fixed Deposit)

Kadar pulangan tahunan simpanan tetap kebiasaannya 3 peratus dan keatas berbeza mengikut institusi kewangan dan lebih banyak daripada simpanan akaun biasa. Tempoh matang untuk simpanan tetap bermula dari 1 bulan sehingga 5 tahun, juga berbeza mengikut terma dan syarat yang disediakan.

2)      Pelaburan (Unit Trust)

Melaburkan simpanan anda ke dalam unit trust juga mampu menjana simpanan anda melebihi kadar inflasi. Bentuk pelaburan adalah seperti saham, bon dan hartanah. Setiap pelaburan ada risiko kerugian, namun mempelbagaikan portfolio pelaburan dapat mengurangkannya.

3)      Pendapatan

Untuk mengekalkan kuasa membeli anda, kenaikan gaji tahunan perlulah sama atau melebih kadar inflasi. Mohon majikan anda untuk menilai semula pendapatan jika kenaikan terlalu rendah berbanding dengan kadar inflasi.

4)      Perniagaan

Gunakan simpanan anda untuk mulakan perniagaan. Usaha dan masa diperlukan, dan kebiasaanya hasil pulangan daripada perniagaan lebih banyak daripada hasil pelaburan.

5)      EPF dan PRS

Bagi mereka yang bekerja pasti sudah biasa mendengar tentang dana persaraan Employee Provident Fund (EPF) dan Private Retirement Scheme (PRS). Sumbangan bulanan tetap kepada skim ini, serta urusan pelaburan yang baik dapat menghasilkan pulangan yang melebihi kadar inflasi.

# Kesimpulan

Anda boleh menggabungkan dua atau tiga kaedah di atas bagi melindungi nilai simpanan anda daripada susut disebabkan oleh kenaikan inflasi.

Dua Faktor Utama Inflasi Dan Kesannya Di Malaysia

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat