Keselamatan Negara Terancam, Amerika Tendang Firma Mining Kripto China Keluar!

296

“Haih tulah, dalam banyak-banyak tempat kenapa nak tubuhkan firma berhampiran pangkalan tentara juga.”

Menggelarnya sebagai ancaman keselamatan negara, Amerika Syarikat (AS) mengarahkan sebuah firma mining mata wang kripto China mengosongkan serta menjual hartanah yang dibelinya berhampiran pangkalan Tentera Udara Wyoming yang menempatkan peluru berpandu balistik antara benua.

Menurut White House, MineOne Partners Ltd mungkin mengambil tindakan mengancam bagi menjejaskan keselamatan negara AS, oleh itu firma mining kripto China itu mesti melupuskan hartanah dibelinya pada tahun 2022 berhampiran Pangkalan Tentera Udara FE Warren.

Penggubal undang-undang di berpuluh-puluh negeri telah memperkenalkan rang undang-undang yang melarang perniagaan China mahupun rakyatnya daripada membeli tanah berhampiran pangkalan tentera.

MineOne tidak pernah menyerahkan transaksi pada semakan sebelum melengkapkannya, ulas Perbendaharaan yang mempengerusikan CFIUS sambil menambah Jabatan Kehakiman, Keselamatan Dalam Negeri, Perdagangan, Negeri dan Pertahanan juga merupakan antara ahli.

Kemudahan mining kripto milik asing yang berdekatan pangkalan peluru berpandu, elemen utama triad nuklear AS , kehadiran peralatan khusus serta sumber asing dapat memudahkan aktiviti pengawasan atau pengintipan.

Baru-baru ini, CFIUS diberikan kuasa yang diperluaskan untuk menyemak tawaran hartanah dibuat berhampiran pemasangan tentera AS tertentu.

Sejurus selepas kejadian tersebut berlaku, ahli-ahli Kongres tanpa melengahkan masa turut mendesak jawatankuasa itu untuk mempertimbangkan tawaran hartanah tertentu yang melibatkan tanah pertanian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat