Kesian Presiden Brazil, Sampai Dua Kali Positif Covid-19

219

Seminggu selepas didapati positif COVID-19, Presiden Brazil, Jair Bolsonaro sekali lagi disahkan jangkitan wabak itu buat kali kedua petang semalam.

Beliau dilaporkan menerima rawatan hidroksiklorokuin dan memuji keberkesanannya walaupun kekurangan bukti vaksin tersebut benar-benar berkesan.

Buat masa sekarang Bolsonaro masih dalam keadaan yang baik dan beliau tidak sabar untuk kembali berkerja sebaik sahaja disahkan negatif nanti.

Presiden itu juga terpalit dengan pelbagai kontroversi, mengenepikan pakar perubatan dalam menangani wabak coronavirus hingga menyebabkan negara itu mencatatkan kes wabak kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat (AS).

Malah, beliau sering melanggar protokol perintah berkurung dengan alasan beliau mempunyai sejarah atletik yang dapat melindunginya dari mengalami gejala serius.

Untuk pengetahuan, Bolsonaro merupakan bekas ketua askar. Justeru, tidak hairanlah mengapa beliau begitu yakin dengan kekebalan dirinya.

Walaubagaimanapun, beliau mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak memaksa pesakit wabak mengambil hidroksiklorokuin sembarangan. Konsultasi dengan doktor adalah perlu memandangkan bagi dirinya, vaksin tersebut berkesan.

Brazil mencatatkan rekod tertinggi selepas AS dengan 1,970,909 kes dan negara itu dilaporkan tidak memiliki menteri kesihatan selepas kedua-duanya meletak jawatan di tengah-tengah pandemik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat