‘Kesilapan’ Serangan Tragis Di Rafah, Israel Takkan Pedulikan Amaran Dunia – AS

353

Kerajaan AS mengumumkan pada Selasa bahawa mereka memantau dengan teliti siasatan ke atas serangan udara Israel ke atas kem Rafah yang telah melibatkan kematian puluhan nyawa.

Menurut kenyataan Jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, John Kirby berkata Israel mengakui bahawa ia adalah satu kesilapan tragis. Peningkatan serangan melulu Israel akan mengakibatkan sekatan besar-besaran bantuan senjata kepada mereka.

Sebelum ini, Amerika Syarikat menetapkan ‘garis merah’ di sempadan Rafah ke atas ketenteraan Israel supaya operasi serangan darat dapat diperlahankan walaupun mereka akan mengalami kesukaran dalam memburu Hamas.

Buat masa ini, pihak Israel sudah meletakkan barisan ketenteraan yang tinggi di sepanjang sempadan luar Rafah.

Selepas kesilapan tragis ke atas Rafah, Joe Biden dan pentadbirannya menganggap ia merupakan satu pelanggaran janji oleh Israel. AS bertindak akan menghentikan saluran bantuan ketenteraan ke atas negara Zionis itu berikutan pencerobohan tersebut.

Timbalan Presiden AS, Kamala Harris menganggap Israel sengaja menggunakan perkataan ‘kesilapan’ bagi meneruskan misi gila mereka itu. Serangan udara tersebut telah mencetuskan kebakaran di kem keselamatan Rafah dan membunuh 45 rakyat Gaza termasuk kanak-kanak.

Ulasnya lagi, beliau menerima laporan daripada pihak berkuasa kesihatan Gaza bahawa kereta kebal Israel telah membedil sebuah khemah di kawasan barat Rafah dan mengorbankan 21 orang pada hari Selasa.

Pegawai tentera Israel mengatakan serangan itu disasarkan ke atas dua pegawai kanan Hamas dan tidak berniat untuk menyebabkan kematian orang awam.

Pemimpin seluruh dunia kini menzahirkan rasa kerisauan di atas ‘kesilapan’ serangan udara yang menyebabkan letupan kebakaran di zon kemanusiaan Rafah.

Berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Gaza, lebih 36,000 rakyat Palestin telah terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 2023.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat