Ketegangan AS-China Berisiko Untuk Buat AUD/USD Jatuh Lebih Rendah

284

Dolar Australia bergerak lemah bersama mata wang komoditi lain dalam pasaran di awal minggu ini berikutan ketegangan yang kembali timbul di antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Pada minggu lalu, beberapa syarikat China dilaporkan untuk dinyahsenaraikan di bursa NYSE namun tindakan tersebut kembali ditarikbalik semula. Faktor tersebut dilihat berpotensi mencetuskan kembali pertelingkahan dua ekonomi terbesar dunia itu.

Bukan itu sahaja, Donald Trump juga telah menandatangani perintah eksekutif untuk menyekat segala transaksi pada aplikasi dari China seperti Alipay dan WeChat pay.

Sentimen yang berisiko dan melibatkan China sering kali memberi tempias terhadap dolar Australia disebabkan China menjadi rakan dagang utama Australia.

Pada carta pasangan mata wang AUD/USD, harga menunjukkan penurunan semalam selepas pergerakan mendatar harga di bawah resistance 0.78200 di penghujung minggu lalu.

Memberi isyarat trend bearish apabila harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga sehingga penurunan harian semalam sekitar 90 pips.

Pergerakan mendatar harga dilihat bersambung pada Selasa dengan sedikit kenaikan di sesi Eropah untuk menguji halangan MA50 dengan jangkaan penurunan harian akan berlaku semula.

Penurunan lebih rendah akan menuju paras 0.76500 untuk menguji zon RBS (resistance become support) tersebut sebelum ke paras lebih rendah pada 0.75700.

Namun jika harga berjaya melepasi halangan MA50, zon SBR (support become resistance) 0.77400 akan diuji untuk memberi isyarat perubahan trend.

Kenaikan lebih tinggi akan menguji semula zon rintangan 0.78200 yang dicapai pada minggu lalu dan juga paras tertinggi direkodkan sejak Mac 2018.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat