Ketegangan Berlarutan, Tindakan Protes India Sekat 59 Aplikasi China

475

Krisis sempadan antara India-China nampaknya masih berlanjutan selepas berita kematian 20 tentera India. Terbaru, India pada Isnin telah menyekat 59 aplikasi telefon bimbit yang rata-ratanya merupakan aplikasi daripada China termasuk TikTok dan WeChat.

Menteri teknologi India mendakwa bahawa aplikasi tersebut bersifat menjejaskan kedaulatan dan integriti India, pertahanan, keselamatan dan ketenteraman awam. Malah, tindakan ini lebih berkuasa dalam memberi tekanan ekonomi kepada syarikat China.

Susulan daripada itu, Google dan Apple akan membuang alikasi tersebut dari Android dan IOS Stores.

Sekatan ini dilihat sebagai penghalang besar bagi firma China seperti Bytendance di India, yang merancang untuk melabur $1 bilion di India dan membuka pusat data tempatan. Baru-baru ini pihak mereka juga giat dalam pengambilan pekerja baru di negara itu.

India merupakan pemacu utama bagi pemasangan TikTok dengan rekod muat turun sebanyak 611 juta kali, WeChat pula lebih dari 100 juta kali menerusi Andoid Google, UC Browser dan dua aplikasi telefon bimbit Xiaomi.

Google masih menunggu arahan dari pihak kerajaan. Manakala Apple dan Bytedance tidak memberi sebarang usul berkenaan dengan isu tersebut.

Sebelum ini, isu sentimen anti-China yang tercetus kerana tuduhan import murah di negara itu telah pun reda. Namun, krisis sempadan menimbulkan ketegangan semula antara dua negara itu dan bertindak memboikot produk China.

Minggu lalu pelabuhan India mula rancak menahan kargo yang tiba dari China termasuk Apple, Cisco dan Dell.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat