Pertempuran China, India di Sempadan Ragut 20 Nyawa Tentera

1,255

Perbalahan dua kuasa Asia di barat Himalaya selama dua minggu akhirnya membawa kepada berita kematian 20 tentera India semalam.

Menteri Luar Negara China mengesahkan bahawa berlaku pertempuran ganas pada Isnin di sempadan wilayah dan tiada kematian dilaporkan. Berbeza pula Menteri Luar Negara India mendedahkan bahawa 20 nyawa tenteranya diragut dalam kejadian tersebut, melibatkan beberapa senjata seperti batang besi serta batu namun tiada tembakan dilepaskan.

Pertempuran di Ladakh itu juga telah mendorong kedua-dua pihak saling menunding jari hingga memaksa para komander tentera mengadakan pertemuan untuk menyelesaikan keadaan.

Rekod kematian itu mencatatkan kes pertama sejak peperangan besar pada 1967, melibatkan dua negara yang mempunyai populasi penduduk tertinggi di dunia. Sehingga kini perbalahan mereka masih tidak mendapat persetujuan damai.

Menyelusuri punca utama kepada isu ini, dikatakan ratusan askar telah bertempur di tiga lokasi berbeza dengan masing-masing menuduh pihak lain menceroboh ke kawasan mereka.

Menurut tentera India dalam satu kenyataan, dilaporkan sekumpulan tentera menyerang di Lembah Galwan pada Isnin dan kedua-dua pihak kini saling cuba melepaskan diri.

Ketika China dan India berusaha untuk mencari jalan kepada isu ini, kerajaan India menjelaskan bahawa People’s Liberation Army China telah mewujudkan satu kumpulan yang terdiri daripada tentera India dan seorang pegawai.

Pakar tentera memberitahu salah satu sebab kepada pertempuran ini adalah kerana pihak India telah membina jalan dan lapangan terbang untuk memperluaskan hubungan serta merapatkan jurang dengan infrastruktur China yang jauh lebih hebat.

Namun, sebaliknya berlaku apabila pihak China menggesa India untuk menghentikan segala pembinaan yang sedang dijalankan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat