Ketegasan European Union Ini Akan Membaham United Kingdom!

47

Bekas ketua European Council (salah satu organisasi yang penting dalam European Union) memberitahu perbincangan Brexit antara United Kingdom dengan EU dilihat hanya akan bermula pada akhir 2017 disebabkan oleh pilihanraya Jerman.

Menurut Herman van Rompuy kepada BBC yang rundingan adalah lebih lambat berikutan Jerman akan mengadakan pilihanraya untuk membentuk kerajaan baru pada September nanti.

Herman memberitahu :

“Sebelum pilihanraya Jerman, akan adanya kerajaan baru dan tiada rundingan serius akan dijalankan. Semua perbincangan serius hanya akan berlaku selepas selesainya peristiwa terpenting di Jerman dan dijangka sama ada Oktober / November 2017 akan diadakan rundingan tersebut”.

Katanya lagi, referendum pada 23 Jun itu merupakan salah satu kesilapan yang dicatatkan oleh sejarah dan sangat pelik bagi sesebuah negara untuk menafikan kebaikan yang diperoleh daripada EU.

Menurutnya lagi, perunding mewakili European Union, Guy Verhofstadt adalah seorang yang sangat tegas dengan keputusannya.

Theresa May, perdana menteri UK pula memberitahu tidak akan memulakan Article 50 selagi skop rundingan belum dilengkapkan dengan baik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat