Ketidakpastian Rundingan Dagangan Kembali Menghantui – USD Pamer Reaksi Sebaliknya?

635

Percanggahan kenyataan mengenai perjanjian perdagangan kembali menimbulkan ketidakpastian dalam pasaran. Kekeliruan semakin bertambah apabila penasihat White House Peter Navarro menafikan persetujuan terhadap pembatalan tarif sedia ada seperti yang dikatakan oleh China sebelum ini.

Bagaimanapun, sentimen USD dilihat kembali pulih pada sesi Eropah dengan kenaikan semula kepada 109.342 berbanding yen manakala indeks dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama lain menambah 0.05% kepada $98.18.

Dolar USD terus meneruskan pengukuhannya lebih tinggi berbanding loonie di tengah-tengah kejatuhan dalam harga minyak dan menjelang laporan pekerjaan Kanada. Pasaran menjangkakan terdapat peningkatan sederhana dalam perubahan pekerjaan negara itu bagi bulan Oktober selepas berlaku kenaikan ketara pada September lalu.

Sementara itu, kenyataan dovish daripada Bank of England (BOE) telah memberi tekanan kepada pound untuk terus diniagakan mendatar berbanding USD. Unjuran terhadap pertumbuhan ekonomi UK untuk tahun 2020 dan 2021 juga telah dikurangkan disebabkan ketidakpastian Brexit.

Matawang euro diniagakan mendatar pada $1.1046 berbanding dolar USD, menghampiri paras terendah $1.10355 yang dicapai pada Khamis walaupun terdapat lebihan imbangan dagangan Jerman yang lebih baik dalam data yang diterbitkan pada hari ini.

Lebihan imbangan dagangan Jerman meningkat kepada 21.1 bilion euro pada bulan September daripada 1.2 bilion euro yang dicatatkan pada bulan yang sama tahun lalu. Eksport mendahului dengan peningkatan 4.6% dari tahun ke tahun kepada 114.2 bilion manakala import menambah 2.3% kepada 93 bilion euro.

Selain itu, dolar Australia terus menunjukkan penyusutan berbanding USD dan yen selepas Reserve Bank of Australia (RBA) mengeluarkan kenyataan polisinya yang menunjukkan bahawa bank pusat itu enggan menaikkan kadar faedah walaupun ekonomi global meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat