Pegawai kanan Kementerian Kewangan Kanada berkata pada Selasa bahawa hala tuju Amerika Syarikat terhadap isu seperti perdagangan dan dasar cukai menimbulkan ketidaktentuan menjelang pertemuan menteri-menteri kewangan G20.
Menteri Kewangan Kanada, Bill Morneau akan bersama-sama dengan menteri kewangan yang lain dan ketua-ketua bank pusat akan bertemu pada 17 hingga 18 Mac ini bagi membincangkan perihal ekonomi dunia di Jerman.
Pertemuan ini merupakan mesyuarat kali pertama sejak Donald Trump memegang tampuk pimpinan sebagai Presiden Amerika Syarikat. Trump sebelum ini pernah menyatakan kritikan terhadap Perjanjian Bebas Amerika Utara dan tawaran perdagangan yang lain semenjak mengambil alih jawatan.
Salah seorang pegawai Kanada memberitahu wartawan dalam satu temu bual bahawa pertemuan itu penting bagi menteri-menteri tersebut mengetahui dengan lebih lanjut struktur pentadbiran Trump.
Beliau juga dalam masa yang sama mengakui bahawa spekulasi terhadap perubahan dasar oleh pentadbiran Trump dan dasar matawang merupakan antara isu yang akan dibincangkan. Namun begitu, masih terlalu awal untuk membuat andaian terhadap proses perbincangan tersebut.
Setiausaha Perbendaharan AS, Steven Muchin pernah berkata sebelum ini bahawa beliau akan “bekerja keras” untuk kepentingan Amerika Syarikat.
Ini Yang Terjadi Kepada Dagangan US Dollar Apabila Pasaran Semakin Menghampiri FOMC!