Ketika Harga Tengah Jatuh, Whales ‘Cedok’ Kripto Ini!

1,528

“Macam ni la mindset yang kita mahukan, ni tak bila naik beli tapi bila jatuh takut pula.”

Wallet baharu yang mengeluarkan mata wang kripto bernilai $17.43 juta daripada Binance semasa sektor aset digital mengalami kejatuhan telah menunjukkan terdapat whales mengambil kesempatan daripada penurunan bagi membeli pelbagai jenis altcoin.

Antara pengeluaran kripto terbanyaknya adalah 48,922 Avalanche (AVAX) bernilai $1.86 juta diikuti 621,003 Fetch.ai (FETCH) bernilai $1.45 juta termasuk 5.14 juta The Graph (GRT) bernilai $1.44 juta, 1.9 juta Polygon (MATIC) bernilai $1.41 juta dan 532,444 Optimisme (OP) yang berharga $1.29 juta.

Chainlink (LINK) dan Dogecoin (DOGE) juga merupakan antara altcoin dikeluarkannya di mana masing-masing telah dikeluarkan sebanyak 68,598 token berharga $993,000 serta 5.3 juta berharga $851,000.

Meskipun begitu, wallet tersebut tanpa membuang masa terus membeli 134,751 Render token (RNDR) bernilai $1.26 juta, 174,421 Polkadot (DOT) bernilai $1.23 juta dan 1.6 juta Fantom (FTM) berjumlah $1.15 juta.

Bukan itu sahaja, kripto kurang dikenali seperti Pendle(PENDLE), Gala (GALA), Aavegotchi (GHST), Aevolve (AEVO) dan dYdX (DYDX) turut melihat pemerolehan ketara termasuklah 124.6 bilion Pepe Coin (PEPE) bernilai $681,000.

Pelbagai jenis kripto diperoleh oleh wallet baru menunjukkan whales tidak hanya menumpukan pada projek mantap tetapi tetap cari potensi dalam aset digital lebih baru serta kurang dikenali dan tidak dilupakan juga ambil peluang kumpul altcoin pada harga diskaun.

Suka dimaklumkan pengeluaran besar daripada Binance oleh wallet menyerlahkan kepentingan menjejaki urus niaga besar di bursa kripto termasuk memberikan pandangan berharga tentang strategi dan sentimen pemain pasaran yang berpengaruh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat