Ketua Wagner Terkorban, Putin Dalang Di Sebalik Kecelakaan?

949

Dua bulan lalu, lelaki ini mengetuai kumpulan upahan Wagner yang hampir mencetuskan perang saudara di Rusia dan turut mengancam pemerintahan Presiden Vladimir Putin.

Yevgeny Prigozhin, dilaporkan telah meninggal dunia susulan pesawat yang dinaikinya terhempas di barat laut Moscow pada hari Rabu.

Dilaporkan bahawa kesemua tujuh penumpang dan tiga anak kapal di dalam jet peribadi Embraer itu telah terbunuh apabila ia terhempas di wilayah Tver, menurut Kementerian Perkhidmatan Kecemasan Rusia.

Antara yang turut terkorban adalah Utkin Dmitriy, leftenan dipercayai Prigozhin sejak Wagner ditubuhkan, dan pembantu kanan Prigozhin Valeriy Chekalov, menurut senarai penumpang yang dikongsi oleh agensi penerbangan Rusia.

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau tidak terkejut dengan laporan mengenai kematian Prigozhin, sambil menambah bahawa kebanyakan insiden yang berlaku di Rusia didalangi oleh Putin.

Sementara itu, penganalisis menyifatkan insiden itu mungkin tanda amaran daripada Putin untuk tidak mengkhianatinya atau menunjukkan sokongannya kepada tentera Rusia.

Pasukan Wagner banyak terlibat dalam menawan bandar Soledar dan Bakhmut di timur Ukraine berikutan pencerobohan besar-besaran Rusia ke atas negara itu tahun lepas.

Prigozhin kemudiannya mencetuskan pemberontakan bersenjata ke atas kepimpinan tentera Rusia setelah berbulan-bulan mengkritiknya.

Kemaraan Wagner yang dibimbangi akan menguasai Moscow dan menggulingkan Putin itu bagaimanapun terhenti selepas Prigozhin secara tiba-tiba mengumumkan pemberontakan senjata telah berakhir.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat