Keuntungan Bersih Public Bank Rendah Pada Suku Kedua 2019

228

Public Bank merekodkan penurunan sebanyak 4.5% daripada RM1.4 bilion dalam keuntungan bersih pada suku kedua berakhir 30 Jun 2019 susulan pemotongan kadar faedah semalaman pada Mei lalu.

Meskipun untung bersih susut kepada RM1.33 bilion, hasil pendapatan Public Bank pula sebaliknya dengan peningkatan sebanyak 2.9% kepada RM5.6 bilion daripada RM5.44 bilion pada suku kedua 2018.

Pada separuh pertama 2019, jumlah keuntungan bersih Public Bank mencatatkan keuntungan bersih yang rendah sebanyak RM2.74 bilion berbanding 2.8 bilion tahun lalu manakala perolehan meningkat kepada RM11.17 bilion daripada RM10.97 bilion.

Menurut Pengerusi Tan Sri Dr Teh Hong Piow, keadaan ekonomi dan perbankan yang semakin mencabar serta penyusutan dalam kadar faedah semalaman pada Mei lalu memberi kesan kepada pencapaian dalam keuntungan bersih bagi separuh pertama 2019.

Tambahnya lagi, beliau yakin kestabilan keuntungan dapat dikekalkan dengan dorongan daripada pertumbuhan pinjaman dan deposit yang baik, kualiti aset yang kukuh serta kos diurus dengan baik.

Sementara itu, pinjaman kasar dicatatkan meningkat sebanyak RM13 bilion kepada RM323.7 bilion berbanding RM310.7 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Bagaimanapun, nisbah pinjaman terjejas kasar kekal stabil pada 0.5% dan nisbah kos kepada pendapatan sebanyak 34.2% menyebabkan pulangan bersih ekuiti berterusan berjumlah 13.6% dalam separuh pertama 2019.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat