Keuntungan Separuh Pertama 2021 Melonjak, Saham TM ‘Tunjuk Belang’!

240

Harga saham Telekom Malaysia Bhd (TM) catat peningkatan pada sesi dagangan di Bursa Malaysia hari ini setelah mengumumkan lonjakan keuntungan bagi separuh pertama tahun yang berakhir 30 Jun 2021.

TM mempamerkan kenaikan keuntungan bersih sebanyak 27.3% kepada RM544.06 juta daripada RM427.27 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.

Manakala pendapatan syarikat juga meningkat kepada RM5.57 bilion berbanding RM5.15 bilion.

Setakat 12.28 tengah hari, harga saham TM menokok sembilan sen atau 1.49% kepada RM6.15 dengan 2.3 juta saham bertukar tangan dan menyaksikan pertumbuhan sekitar 13.3%.

TM juga telah memperoleh permodalan pasaran sebanyak RM23.21 bilion.

Walau bagaimanapun, keuntungan bersih bagi suku kedua mengalami sedikit penurunan akan tetapi TM kekal optimis bahawa syarikat itu masih di landasan yang tepat untuk menggapai sasaran 2021.

CSG-CIMB Research mengekalkan ramalannya berdasarkan penilaian hasil yang diselaraskan dan menaikkan harga sasaran (TP) bagi saham TM kepada RM7.50 daripada RM7 pada sebelum ini.

Tambah CSG-CIMB, margin EDITBA menguncup kepada 2.9% dari suku ke suku kepada 37.2% yang dipacu oleh kadar lain yang lebih tinggi.

Ia juga dipengaruhi oleh opex langsung (kos pemasangan dan pemerolehan pelanggan yang lebih tinggi dek kerana pertumbuhan langgan Unifi semakin meningkat) serta kos pengoptimuman tenaga kerja sekitar RM80 juta.

Dalam masa yang sama, TM dikaitkan dengan voluntary separation scheme (VSS) yang dilaksanakan pada suku itu yang memiliki jangka waktu pengembalian yang sedikit lebih dari satu tahun.

“Hal berkenaan bakal mencetuskan penjimatan kos tetap pada masa akan datang,” kata CGS-CIMB.

Selain itu, ia merancang untuk terus melaksanakan VSS pada tahun yang bakal mendatang di bawah program transformasi TM yang baharu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat