Keyakinan Pengguna di US Meningkat pada Oktober

84

Indeks keyakinan pengguna Universiti Michigan US (US University of Michigan consumer confidence index) menguat kepada 91.6 berbanding 87.2 pada bulan sebelum. Ini adalah bacaan tertinggi sejak Julai lepas yang juga di atas jangkaan 87.5 penganalisis.

Data ini adalah hasil tinjauan oleh Universiti Michigan ke atas 500 orang pengguna bagi mendapatkan pendapat mereka tentang tahap ekonomi pada masa ini dan jangkaan mereka di masa hadapan. Data ini dikelurakan setiap pertengahan bulan yang mewakili bacaan pada bulan tersebut.

Menurut tinjauan ini, keyakinan kepada ekonomi meningkat dan bacaan ini konsisten dengan pertumbuhan KDNK (GDP) tahunan 2.5%. Bacaan keseluruhan indeks ini berada di atas bacaan purata tahun 2016.

Jika dilihat dengan data inflasi US, ia juga menunjukkan keyakinan yang semakin tinggi dengan peningkatan dari bulan ke bulan seperti dalam rajah di bawah. Peningkatan inflasi boleh menjadi petunjuk kepada peningkatan keyakinan pengguna kerana mampu menolak harga ke atas dalam pasaran domestik.

lan-1Secara keseluruhannya, bacaan yang telah dikeluarkan akan menguatkan lagi jangkaan terhadap The Fed (Bank Pusat US) untuk mengetatkan polisinya (menaikkan kadar) pada mesuarat FOMC akan datang.

Sejurus bacaan Indeks keyakinan pengguna Universiti Michigan US (US University of Michigan consumer confidence index) ini dikeluarkan, pasaran hanya memberikan respon yang minimum walaupun US Dolar menguat selepas data ini dikeluarkan dengan Eur/Usd jatuh dari 1.0880 ke 1.0870 (10 pip).

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat