Keyakinan Pengguna Zon-Eropah Meningkat ke Paras Tertinggi 21-Bulan Lepas

45

Keyakinan pengguna di Zon-Eropah menguat ke paras -4.9 pada Januari dari -5.1 pada bulan sebelum dan sejajar dengan jangkaan pasaran.

Sejaktahun lalu, terdapat peningkatan yang konsisten dalam keyakinan pengguna, dan bacaan Januari adalah yang tertinggi sejak April 2015.

Keyakinan pengguna di Zon-Eropah akan terus disokong oleh tren pengukuhan dalam pasaran buruh, dengan kadar pengangguran berada di paras terendah sejak lapan tahun lalu.

Petunjuk inflasi pula akan terus menjadi tumpuan dalam beberapa bulan akan datang dan mempunyai impak yang signifikan kepada perbelanjaan. Apabila inflasi terlalu rendah, akan ada kebimbangan terhadap ‘pengguna kurang berbelanja’ disebabkan jangkaan mereka bahawa harga akan jatuh lagi.

Kenaikan harga minyak mentah global, telah memberi tekanan kenaikan harga dalam jangka pendek. Justeru, kesan daripada kenaikan ini akan mempengaruhi pengguna untuk berbelanja kerana jangkaan harga yang akan naik lagi di masa depan.

Walaubagaimanapun, inflasi yang tinggi di Zon-Eropah akan mengurangkan pendapatan (real-income) yang akan memberi tekanan kepada perbelanjaan. Disebabkan hal ini lah, ECB tidak mahu sebarang spekulasi kepada ‘tapering‘, kerana sasaran untuk mencapai inflasi akan menjadi semakin sukar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat