Kilauan Emas Terus Bersinar Dari Paras Setinggi $1,800

290

Harga emas kembali mengukuhkan kedudukannya di paras $1,800 apabila dolar melemah semula selepas terbitan data pekerjaan Amerika Syarikat (AS).

Harga spot emas setakat waktu penulisan meningkat 0.24% pada $1,802.71 per auns, berbanding catatan $1810.23 semasa tengah hari tadi.

Data Jabatan Buruh AS tempoh hari menyaksikan bacaan pertambahan pekerjaan untuk November dan purata pendapatan meningkat sekaligus mendorong dolar untuk melonjak setinggi $105.59 pada Jumaat lalu.

Ketika terbitan data tersebut juga harga emas merosot ke paras sekitar $1,778 sebelum melonjak semula beberapa jam kemudian sehingga sesi dagangan berrsambung pada pembukaan hari ini.

Ini kerana bacaan data itu dinilai tidak cukup kuat untuk menghentikan Federal Reserve (Fed) dari memperlahankan kenaikan kadar faedahnya bermula bulan ini, dan ia jelas memberi kelebihan kepada komoditi emas.

Pada minggu lepas Presiden Fed, Jerome Powell telah mengeluarkan kenyataan bernada dovish berkenaan prospek dasar pengetatan yang mana telah menceriakan pelabur tatkala kadar inflasi dilihat sedikit menurun bulan lalu.

Dalam pada itu, London Bullion Market Association dikatakan sedang mencipta pangkalan data jongkong emas Rusia yang dipegang oleh bank-bank di London.

Ia dibuat susulan untuk mencegah sekatan oleh syarikat Rusia atau bank pusat Rusia.

Selain itu, permintaan emas fizikal di India terhenti minggu lalu ekoran harganya yang tinggi manakala premium jatuh dalam kalangan pengguna China dengan sekatan Covid-19 melemahkan aktiviti ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat