‘King’, ‘Queen’ dan ‘Knight’ terperangkap, ‘Checkmate’ buat Serba Dinamik?

7,134

‘Papan catur’ Serba Dinamik berselerak, ‘Checkmate’ semakin menghampiri.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mendakwa pegawai, ketua pegawai eksekutif (CEO) dan naib presiden akaun dan kewangan Serba Dinamik kerana melanggar Sekyen 368 Akta Syarikat Malaysia dengan memalsukan kenyataan kewangan kepada Bursa.

SC terdahulu telah mendakwa pengarah eksekutif Datuk Syed Faisal, ketua pegawai kewangan kumpulan Azhan Azmi dan naib presiden akaun dan kewangan Muhammad Hafiz Othman dibawah Seksyen 369(a)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkidmatan 2007 (CMSA) kerana menghantar kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia.

Selain itu, SC turut mengeluarkan waran tangkap terhadap pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif kumpulan Serba Dinamik, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah.

Mengikut rekod, SC telah menfailkan saman di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur ekoran kenyataan palsu berhubungan angka hasil RM6.014 bilion yang dicatat dalam laporan suku tahunan Serba Dinamik mengenai keputusan setiap suku dan tahun berakhir 31 Disember 2020.

Seksyen 369(a)(B) CMSA menyaksikan andai seseorang itu didapati membuat kenyataan pastu atau mengelirukan kepada SC, pertukaran atau pusat penjelasan yang diluluskan, jika sabit kesalahan ia akan berdepan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang RM3 juta atau kedua-duanya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat