Kiwi NZD Melemah Sejak Selasa Disebabkan Dua Data Ini

65

Dolar New Zealand (Kiwi) membuat penurunan sejak Selasa disebabkan kebimbangan pasaran terhadap kemerosotan mendadak indeks harga tenusu (GDT Price Index) dan juga peningkatan defisit perdagangan.

Kejatuhan Kiwi pada Selasa disebabkan kejatuhan besar dalam indeks harga keseluruhan produk tenusu sehingga -3.9% berbanding sebelum ini yang mencatatkan kenaikan 0.4%. Harga serbuk susu pula susut sebanyak -2.5%.

Apa yang perlu difahami adalah, kejatuhan harga produk tenusu memberi kesan besar kepada ekonomi New Zealand. Lebih khusus lagi aliran modal masuk ke New Zealand juga dilihat berkurangan dengan kejatuhan harga, kerana negara asing memerlukan sedikit wang untuk membeli produk tenusu dari negara itu kerana harga yang merosot.

Kenapa kejatuhan harga produk tenusu memberi kesan kepada aliran modal masuk dan secara tidak langsung kepada Kiwi? Ini adalah kerana, produk tenusu mewakili 20% jumlah keseluruhan eksport ke luar negara.

Apa yang menambah kejatuhan Kiwi pada sesi Asia adalah laporan terkini imbangan perdagangan (trade balance) pada Selasa. Pelabur dilihat kecewa dengan pertambahan defisit dagangan jauh melebihi apa yang dijangkakan oleh pasaran.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik New Zealand, defist dagangan bertambah dari NZ$843 juta kepada NZ$1.1 billion bulan lalu. Ia meleset daripada jangkaan kemerosotan dafisit kepada NZ$550 juta walaupun dengan peningkatan eksport.

 

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat