Klaas Knot: Tiada Keperluan Mengubah Panduan Polisi ECB

40

Klaas Knot ahli Governing Council Bank Pusat Eropah menyatakan bahawa tiada keperluan untuk mengubah ‘Panduan Polisi’ semasa.

Panduan ke hadapan (forward guidance) yang diberikan oleh ECB dalam mesyuarat sebelum ini iaitu, “program pembelian bon boleh ditingkatkan dari segi saiz amaun atau tempoh yang lebih panjang jika keadaan ekonomi kurang memberangsangkan.”

Beliau juga menegaskan, soal ‘tapering‘ (pengurangan) kepada polisi pelonggaran kuantitatif hanya perlu dibawa jika ekonomi bergerak lebih baik dari jangkaan ketika ini, di mana pengurangan kepada pembelian aset hanya akan dilakukan selepas Disember dengan secepat mungkin.

Ketua Bank Pusat Perancis, Villeroy minggu lepas mengatakan bahawa ini bukan masanya untuk Bank Pusat Eropah mengubah dasar walaupun semakin menghampiri sasaran inflasi.

Bagaimanapun, Villeroy turut mengatakan, penetapan dasar tidak bergantung kepada pendapat yang hawkish mahupun dovish, sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada keadaan ekonomi semasa.

Justeru menurut beliau, buat masa ini dasar kewangan perlu kekal pada tahap sedia ada.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat