KLCI Kekal Catat Aliran Positif Pada Tengah Hari

85

Bursa Malaysia didagangkan positif pada tengah hari dengan kenaikan 0.27% atau 4.39 mata kepada 1600.84.

Di pasaran, secara amnya kaunter untung 314 mengatasi kaunter rugi 327 manakala 356 kaunter tidak berubah dengan perolehan sebanyak 1.1 bilion unit bernilai RM706.17 juta.

Antara saham yang meraih keuntungan di pasaran tempatan, F&N dengan kenaikan 10 sen kepada RM34.90, Petronas Gas Bhd meningkat 24 sen kepada RM16.22 manakala Petron Malaysia naik 13 sen kepada RM5.70.

Nestle mencatat kerugian dengan penurunan 70 sen kepada RM147.60 dan Aeon Credit turun 6 sen kepada RM15.72.

Selain itu, Indeks FBM Emas naik 27.84 mata kepada 11,335.73, Indeks FBM Emas Syariah raih 26.22 mata kepada 11,866.54 dan Indeks FBMT 100 menokok 27.82 mata kepada 11,170.72.

Pasaran Asia positif dengan keuntungan yang diraih susulan terdapat tanda-tanda bahawa pertikaian perdagangan AS dan China akan reda dan jangkaan terhadap rangsangan oleh beberapa negara mengurangkan kebimbangan terhadap kemelesetan global.

Nikkei Jepun mencatat peningkatan sebanyak 0.45% manakala Indeks Komposit Shanghai naik sedikit 0.07% dan Kospi Korea Selatan juga meningkat 0.85%.

Bagi unit tempatan, ringgit rendah 0.1% berbanding dolar AS kepada 4.1800 dan 0.2% lebih rendah daripada dolar Singapura kepada 3.0170.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat