KLCI Melonjak Selepas Dibuka Rendah

169

Bursa tempatan dibuka rendah hari ini sebelum melonjak kembali didorong oleh prestasi eksport Malaysia yang lebih kukuh dan mengikuti saham Asia yang meningkat berikutan krisis politik Britain dan Hong Kong yang semakin reda.

Pada 9 pagi, indeks dibuka rendah 0.37 mata pada 1,599.52 dan melonjak semula 3.14 mata kepada 1,603.03.

Perolehan sebanyak 347.100 juta unit yang bernilai RM166.933 juta dengan kaunter untung dibuka 199, kaunter rugi 152 dan kaunter tidak berubah 1,586.

Aliran meningkat ini diramalkan akan berterusan disokong oleh sentimen pasaran yang semakin baik di mana pelabur dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi dan politik yang positif di peringkat global dan domestik, lapor Bernama.

Saham Asia melonjak berikutan terdapat perkembangan positif dalam krisis politik di Britain dan Hong Kong memberikan keyakinan kepada pelabur untuk memasuki pasaran. Dilaporkan indeks luas saham Asia Pasifik MSCI di luar Jepun meningkat 0.24%, menurut Reuters.

Antara saham yang mengalami peningkatan di bursa tempatan didahului oleh Petronas Gas naik 32 sen kepada RM16.24, Oriental Interest Berhad (OIB) raih 20 sen kepada RM2.20, Hong Leong Bank meningkat 16 sen kepada RM16.54 dan Padini naik 14 sen kepada RM17.

Selain itu, bagi saham yang mengalami kerugian pula adalah Nestle susut RM1.20 kepada RM146.80, British American Tobacco (BAT) turun 18 sen kepada RM18.86, Petronas Dagangan rugi 12 sen kepada RM22.26 manakala Petronas Chemical susut 3 sen kepada RM6.80.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat