Komen Fed Bostic Buatkan ‘Pasaran’ Bercelaru? Ulasan Terkini Undang Perhatian

466

Presiden Atlanta Federal Reserve, Raphael Bostic, menyuarakan kebimbangan pada hari Rabu mengenai halatuju inflasi dan mengisyaratkan bahawa beliau berpandangan pengurangan kadar faedah akan dilaksanakan bermula penghujung tahun.

Dalam temubual terbaru, penggubal bank pusat tersebut menyatakan bahawa produktiviti yang kukuh, pemulihan dalam rantaian bekalan, dan pasaran buruh yang berdaya tahan menunjukkan bahawa inflasi akan menurun “jauh lebih perlahan daripada yang banyak dijangkakan.”

“Jika ekonomi berkembang sebagaimana yang saya jangkakan, iaitu dengan melihat kesinambungan dalam KDN, pengangguran, dan penurunan inflasi yang perlahan sepanjang tahun, saya merasakan pengurangan kadar akan berlaku pada akhir tahun ini, iaitu suku keempat,” katanya.

Komen Bostic dikeluarkan ketika para penggubal the Fed lain juga menunjukkan keinginan untuk mengorak langkah dengan berhati-hati dalam pengurangan kadar. Mereka telah mengindikasikan bahawa ekonomi yang kukuh serta inflasi yang perlahan memberi mereka masa untuk melihat lebih banyak bukti mengenai halatuju inflasi.

Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang di mana Bostic turut merupakan ahli yang mempunyai hak mengundi, mengindikasikan bulan lalu bahawa mereka melihat tiga pengurangan kadar akan berlaku pada tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat