Komoditi Hitam Didagang Suram Akibat Data Ini!

27

Harga minyak mentah jatuh akibat data simpanan minyak mentah di AS dilaporkan mengalami peningkatan.

Minyak mentah jatuh mendadak sebanyak 1.30% kepada $49.31 setong. Sementara itu, brent mentah turut mendapat nasib yang sama apabila jatuh 1.12% kepada $50.22 setong.

Institut Petroleum Amerika (API) berkata pada lewat Selasa bahawa inventori minyak mentah meningkat 4.8 juta pada minggu lepas, melebihi ramalan awal.

Pun begitu, data rasmi akan dikeluarkan bagi mengesahkan lonjakan stok simpanan tersebut.

Semalam, harga minyak berada di bawah tekanan berikutan Iraq memberi kenyataan bahawa negara tersebut mahu mengambil pendekatan berkecuali daripda mana-mana perjanjian pembekuan bekalan output.

Justeru, harga minyak global berada dibawah tekanan berikutan keraguan pasaran terhadap perjanjian OPEC yang akan dimuktamadkan pada penghujung bulan ini.

Sebelum ini, kesatuan tersebut telah bersetuju untuk mengehadkan pengeluaran output kepada 32.5 juta sehingga 33.0 juta.

Carney : Bank Pusat England Tidak Boleh Terlalu Bergantung Kepada Polisi Semasa

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat