Carney: Bank Pusat England Tidak Boleh Terlalu Bergantung Kepada Polisi Semasa

47

Dalam ucapan Gabenor Bank of England (BOE) di House of Lords, Carney menyatakan adanya had untuk polisi monetary yang sudah banyak terbeban sejak beberapa tahun ini dalam usaha mensabilkan ekonomi.

Carney mengatakan, BOE akan menggunakan semua instrumen polisi yang ada bagi mencapai sasaran inflasi 2.00%. Tambahnya lagi, tiada sebab untuk mengubah polisi semasa kerana ia efektif dalam jangka masa sederhana.

Dia juga memberi amaran supaya tidak mengganggu operasi bank pusat kerana boleh memberi impak negatif kepada pasaran aset UK.

Bank pusat juga tidak akan bergantung sepenuhnya kepada pelonggaran kuantitatif (quantitative easing) yang mana mereka juga mempunyai instrumen lain untuk membuat polisi pengembangan.

Pun begitu, tiada komen tentang perubahan kepada polisi dalam jangka masa terdekat ini. Sebarang perubahan atau jangkaan yang lebih kuat kepada prospek ekonomi mungkin akan dapat dilihat pada mesyuarat BOE minggu depan.

Selain itu, Carney juga komen tentang sama ada dia melanjutkan tempoh jawatannya sehingga 2018 atau tidak adalah hal peribadi dan tidak akan dipengaruhi oleh faktor politik.

Sebelum ucapan Carney semalam, GBP/USD telah melemah dan selepas itu menguat semula di atas level 1.2150 daripada bawah iaitu 1.2100.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat