Komuniti Miner ETH Tidak Sokong Ethereum PoW

334

Umum mengetahui bahawa Ethereum sedang bersedia dalam gabungan yang dinanti-nantikannya pada bulan hadapan, 15 September.

Namun begitu, pengkritik utamanya iaitu komuniti ETH miner berpandangan tentang pelaksanaan hardfork Ethereum blockchain dan meneruskan rangkaian Ethereum proof-of-Work (ETHW).

Walau bagaimanapun, Ethermine yang merupakan mining pool ETH terbesar di dunia telah memutuskan untuk tidak menawarkan sebarang mining pool kepada rangkaian PoW.

Maknanya, Ethereum akan menutup semua server permulaan Ethereum supaya miner atau pelombong tidak lagi dapat menyambungkan peralatan mining ke kumpulan Ethermine Ethereum.

Menurut pengumuman rasmi dari Ethermine, mining pool Ethermine Ethereum akan bertukar kepada mod pengeluaran sahaja selepas fasa mining Proof-of-Work telah tamat.

Tambahan daripada itu, pengguna yang ingin menerima pembayaran akhir baki yang belum dibayar perlu mendapatkannya melalui dashboard page individu mereka. Permintaan pembayaran manual untuk pelombong juga boleh dilakukan jika baki yang belum dibayar melebihi 0.005 ETH.

Selain itu, penyokong Ethereum PoW telah memulakan kerja pembangunannya. Hal ini dapat dilihat apabila pasukan Ethereum PoW mengumumkan kod pertamanya iaitu tiga ciri utama versi Ethereum PoW pada 15 Ogos.

Dalam pada itu, ETHW Core telah memperkenalkan teknologi liquidity pool freezing yang akan membantu melindungi aset pengguna.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat