Konflik Israel-Hizbullah Bakal Cetus Perang Dahsyat, Amerika Syarikat Perlu Masuk Campur?

405

Israel berisiko untuk meneruskan perang menentang Hizbullah bagi memastikan kedudukan politik Benjamin Netanyahu sebagai Perdana Menteri Israel dipertahankan. Namun, kejadian terburuk bakal meletus dengan membawa kepada kematian orang awam beramai-ramai di Israel dan Lubnan.

Harrison Mann, Bekas Pegawai Tertinggi Agensi Perisikan Pertahanan AS meramalkan bahawa perang baru yang dahsyat akan tercetus dan menarik penglibatan Amerika Syarikat lagi sekali ke rantau itu.

Walaupun sebelum ini pada Jun lepas Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengeluarkan kenyataan bahawa serangan Lubnan telah selesai. Ramai pakar merasakan Netanyahu sedar betapa bahayanya peperangan dengan Hizbullah dan mereka tidak sepatutnya mencari masalah.

Selain itu, ketenteraan Israel yakin bahawa pasukan Hizbullah yang disokong Iran mempunyai kelengkapan perang yang cukup bagi menentang mereka.

IDF perlu sedar bahawa kekuatan mereka perlu diperkukuhkan lagi bagi menentang tentera Syiah itu kerana serangan roket, peluru berpandu dan artileri di kawasan pergunungan Lubnan pada awal serangan sangat membimbangkan.

Tidak lupa juga, tindakan serangan Israel yang telah menyebabkan pembunuhan pemimpin Hizbullah pada April lepas telah menyemarakkan lagi semangat perang di rantau Timur Tengah.

Harrison Mann yang merupakan bekas pegawai tentera AS meletakkan jawatannya sejurus selepas misi Israel-Gaza kerana beliau merasakan ketidakadilan pembunuhan dan kebuluran berpuluh-puluh ribu rakyat Palestin yang tidak bersalah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat