Konflik Timur Tengah Makin Panas, Iran Serang Pangkalan Militan Di Pakistan!

555

Semalam, Pakistan mendakwa Iran telah melancarkan serangan udara ke atas wilayahnya dan meragut nyawa dua orang kanak-kanak. Ia berikutan tindakan Teheran yang melancarkan serangan ke arah Iran dan Syria baru-baru ini.

Pakistan mengecam serangan udara yang mengenai sempadan kedua-dua negara itu pada awal minggu lalu. Ia merupakan sesuatu yang tidak boleh dimaafkan sama sekali.

Pihak Iran tidak memberi sebarang kenyataan rasmi berikutan serangan itu. Namun, agensi rasmi Nour News berkata serangan itu telah memusnahkan pangkalan kumpulan pelampau Jaish al-Adl di Pakistan.

Jaish al-Adl adalah satu kumpulan yang ditubuhkan pada 2012 dan disenarai hitamkan oleh Iran sebagai kumpulan pengganas yang telah melancarkan beberapa serangan di wilayah Iran sejak beberapa tahun lalu.

Media Pakistan melaporkan serangan itu mengenai berhampiran Panjgur di wilayah Barat Daya Balochistan. Kawasan itu merupakan sempadan bagi kedua-dua negara itu yang panjangnya hampir 1,000 kilometer.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Pakistan, serangan itu merupakan pencabulan kedaulatan Pakistan yang boleh menimbulkan suasana yang serius.

Katanya lagi, tindakan Iran itu telah menyebabkan dua kanak-kanak yang tidak berdosa terbunuh manakala tiga gadis yang lagi cedera.

Pada Disember lalu, Pakistan bertanggungjawab ke atas serangan ke atas sebuah balai polis di Rask yang membunuh sekurang-kurangnya 11 pegawai polis Iran.

Walau bagaimanapun, Iran mempertahankan serangan misilnya itu dan menganggapnya sebagai operasi bersasar terhadap kumpulan yang menceroboh keselamatan republik itu.

Pengawal Revolusi Iran berkata, mereka telah memusnahkan ibu pejabat perisikan rejim Zionis di wilayah Kurdistan Iraq.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat