Konflik Timur Tengah Semakin Mereda, Emas Bakal Tunjukkan Tanda Bearish?

595

Emas junam mendadak dan menjejaki semula paras tertinggi awal April dengan turun lebih daripada 2.50% di saat konflik Timur Tengah semakin mereda.

Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,332.79 iaitu naik sedikit pada 0.25% sejak dia dibuka pada sesi dagangan awal Asia.

Menurut pendapat Jim Wyckoff dari Kitco News, penurunan emas boleh dikaitkan dengan aktiviti pengambilan untung besar-besarkan oleh pelabur dan kekuatan sederhana dalam mata wang dolar AS.

Selain itu, ketegangan perang antara Iran dan Israel semakin mereda serta pasaran mula menetapkan harga bahawa Federal Reserve (Fed) akan mengurangkan kadarnya lewat daripada jangkaan. Perkara ini akan terus menjunamkan harga emas.

Sebelum ini, Tehran telah melancarkan serangan balas dron pada 19 April yang dianggap sebagai peningkatan dalam konflik.

Melihat situasi pasaran di AS, beberapa pegawai Fed meneliti kenyataan hawkish oleh Jerome Powell yang mengulas bahawa kekurangan kemajuan dalam proses disinflasi mampu menjamin kadar faedah untuk kekal tinggi dalam tempoh yang lama.

Fed Chicago, Austan Goolsbee yang merupakan pegawai dovish turut menyatakan bahawa kemajuan inflasi tiada perancangan untuk naik.

Dari sudut teknikal pula, harga emas kini menunjukkan corak ‘bearish engulfing’ yang bakal membuka laluan anjakan semula. Jika harganya merosot di bawah paras terendah harian 15 April iaitu $2,324, ia akan membuka jalan untuk menguji semula pada kawasan $2,300.

Andai sebaliknya, rintangan atas pertama XAU/USD ialah $2,400 diikuti dengan paras tertinggi Jumaat lepas sebanyak $2,417.

Pelanggaran akhir akan dijangka untuk mencecah paras ATH iaitu $2,431.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat