Kontrak Staking Ethereum 2.0 ‘Beacon Chain’ Kini Cecah Rekod Lebih 10 Juta ETH!

235

Jumlah aset staking dalam Beacon Chain telah mencapai rekod lebih 10 juta ETH ($25.4 bilion) setakat hari ini.

Beacon Chain memainkan peranan penting dalam integrasi dengan mainnet sebelum Ethereum 2.0 bersiaran sepenuhnya berdasarkan tarikh yang dijadualkan pada Julai tahun ini.

Secara tidak langsung, Ethereum 2.0 akan mulakan dengan konsensus baharu – Proof of Stake (PoS) yang akan menggantikan Proof of Work (PoW).

Sementara menunggu perasmian Ethereum 2.0, pemilik ETH berpeluang untuk stake pegangan mereka ke Beacon Chain.

Melalui aktiviti staking, stakers sebenarnya telah melindungi ekosistem Ethereum dan mengaktifkan perisian validators (pengesah).

Malah mereka juga berpeluang untuk mendapat lebih banyak ETH sebagai ganjaran dalam proses tersebut.

Berdasarkan laporan daripada Staking Rewards, ganjaran untuk stakers Ethereum 2.0 adalah sebanyak 4.81%, sedikit rendah jika dibandingkan dengan Terra, 6.07% dan Solana, 5.72%.

Ketika penulisan, Ethereum didagangkan pada $2,536.43, susut hampir 5% dalam 24 jam.

Selepas dua hari bertahan di paras atas $25,000 pada 9 hingga 10 Mac 2022, aset ini gagal bullish walaupun Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden sudah memberi sokongannya terhadap aset digital dan kripto melalui perintah eksekutif.

Menjelang peralihan rangkaian, pihak pelabur juga diminta untuk berhati-hati dengan skim penipuan yang meminta anda untuk menukarkan token ETH1 kepada ETH2 kerana pihak Ethereum sama sekali tidak pernah berbuat demikian.

Baca artikel Ethereum 2.0 Sudah Tidak Wujud! Ini Penjelasan Ethereum Foundation! untuk maklumat lanjut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat